bersalahkah aku
berkecil hati
kerana tersisih dari hati mu
kerana meminta seminit waktu dari mu
kerana sekadar bertanya khabar keadaanmu
bersalahkah aku
berkecil hati
kerana kau lupa tentang janji kita
kerana kau alpa tentang dugaan yang menimpa
kerana kau leka dengan hal dunia
bersalahkah aku
berkecil hati
kerana tuli hati mu dari mendengar jeritan hatiku
kerana bisu jantungmu dari berkongsi nadi
kerana buta perasaanmu dari memberi kasih
salahkanlah aku
kiranya terhiris hatimu dek peniti yang ku beri
kerana syurgaku ada padamu