bersalahkah aku
berkecil hati
kerana tersisih dari hati mu
kerana meminta seminit waktu dari mu
kerana sekadar bertanya khabar keadaanmu
bersalahkah aku
berkecil hati
kerana kau lupa tentang janji kita
kerana kau alpa tentang dugaan yang menimpa
kerana kau leka dengan hal dunia
bersalahkah aku
berkecil hati
kerana tuli hati mu dari mendengar jeritan hatiku
kerana bisu jantungmu dari berkongsi nadi
kerana buta perasaanmu dari memberi kasih
salahkanlah aku
kiranya terhiris hatimu dek peniti yang ku beri
kerana syurgaku ada padamu
lurve2lifez
~it's a story about life (u,we,us,everyone)~
A lot of story to share will all of us
.....let's begin from begining....
Thursday, May 26, 2011
Wednesday, February 2, 2011
It'S BoRn tO PlaY

Zaman main2 yang da lamer hilang...klu dulu takder nk runsing pasal life.....sekarang ni duk tungkat dagu hari2 cari solution yang tak pernah wujud....
life must go on and sometimes dare to chalange ourself is a gud solution yang kadang2 tak terpk....mayb takut ngan keadaan...
nak kn bangkit balik dari tersungkur...boleh ker????
Thursday, September 2, 2010
mereka
mereka
bila susah "yang, i really love you"
bila senang, kita pula "yang where r u?"
mereka
bila poket nipis "yang, dulukan duit u"
bila poket tebal, kita minta "yang takkan lupa hutang you dulu?"
mereka
bila mahukan itu "yang, u look hot today"
bila nafsu dipenuhi "why u look like janda from bombay?"
mereka
tak pernah puas
tak pernah ikhlas
tak pernah jelas
mungkinkah
bila mata dah tertutup
baru dicari mana yang tak cukup.
bila susah "yang, i really love you"
bila senang, kita pula "yang where r u?"
mereka
bila poket nipis "yang, dulukan duit u"
bila poket tebal, kita minta "yang takkan lupa hutang you dulu?"
mereka
bila mahukan itu "yang, u look hot today"
bila nafsu dipenuhi "why u look like janda from bombay?"
mereka
tak pernah puas
tak pernah ikhlas
tak pernah jelas
mungkinkah
bila mata dah tertutup
baru dicari mana yang tak cukup.
Friday, July 23, 2010
* masa dan waktu *
dulu
kita sama-sama bertatih
menyeduk kenangan waktu hingusan
berlari dengan cawat
rebah dipinggir lumpur
melompat dikotak teng-teng
rebutkan helaian upih
menggelongsor di lereng tanah
waktu itu kita tak pernah kisah
walau tak berwang
kangkung tumbuh sebendang
padi cukup walau segantang
kini
anak-anak kita sama bertatih
meneroka zaman hingusan
menari dijalanan
memecut hingga ke angka 180
rebutkan permainan video
namun kita tak pernah kisah
kerana wang datang dengan senang
walau ikut pintu belakang
asalkan beralas perut sampai kenyang
nanti
sempatkah anak-anak kita bertatih?
sempatkah merasa zaman hingusan?
kerana dunia diamuk dengan senapang
langit penuh dengan lalat besi
melepas telur maut
masing-masing mahu tunjuk kuat
mahu tayang hebat
walau wang tinggi mengganag
jika kau lemah
pasti kau rebah.
Sunday, July 18, 2010
~Andai Jika~
andai kasihku melemaskanmu
lepaskan aku
andai cintaku meresahkanmu
tinggalkan aku
andai rinduku mencarik hatimu
abaikan aku
andai ketaatanku satu dosa bagimu
hindari diriku
andai kasihku racun bagimu
ragui diriku
andai kemanjaanku mencakar hatimu
racuni aku
jika kelemahanku kekuatan bagimu
bunuhlah aku
dan jika kekuatan mu tidak bisa mematikan ku
tinggalkan satu noktah dihatiku
biar aku bisa tahu sememangnya kau dan aku
dicipta bukan untuk bersatu
Bersuara Dalam Bisu...
hangatnya nafas
cerita tentang emosiku
berpalinglah untuk seketika
dengarkan cerita
walaupun dengan suara yang bisu
keruhnya wajah
cerita tentang jiwaku
luangkan masa seketika
dengarkan luahan
walaupun dengan suara yang bisu
tajamnya pandangan
cerita tentang khayalanku
pandanglah sementara ada
dengarkan renungan
kerana ianya suara yang bisu
Subscribe to:
Comments (Atom)